Nisa
ketap bibir. Ada jugak yang aku sekeh-sekeh kepalanya dan lepas tu
sumbat kat dalam tong sampah, baru puas hati aku! Marahnya sambil merenung
tajam pada mamat di hadapannya itu. Amad
Ukail @ Amad!
“Wei,
cepatlah! Lambat! Macam kura-kura!.”
Pekik Nisa dengan kuat.
“Kejap! Apasal tak bagitahu aku awal-awal yang kau
nak ke bandar?!. Dahlah minta teman,
lepas tu marah-marah pulak. Sakit
telinga aku! Kau marah ni macam bertih
jagung. Meletup-letup! Cair taik telinga
aku macam ni!.” Bebel Amad Ukil sambil berdiri.
Kasut sudah terpasang. Dia
menjeling Khairunnisa @ Nisa. Jiran
sebelah rumah, satu sekolah, sahabat baik dan ‘konco a.k.a kamceng’ sejak dari zaman berhingus lagi…Nama cantik,
tapi perangai hampeh! Kutuknya dalam
hati.
“Ada
aku kesah! Baguslah, tak perlu lagi bersusah payah korek taik telinga tu! Jimat sikit…Aku takde teman, diaorang busy!
Daripada kau membuta tak tentu pasal, baik kau temankan aku. Lagi berfaedah. Dapat pahala…” Jawab Nisa sambil menjeling
Amad. Dia muncungkan bibir…
“Dapat
pahala kepala hotak kau! Dapat penat
adalah…Dah, Jom! Kata nak cepat kan…” Sindir Amad dan segera
berlalu ke kereta yang tersadai megah di hadapan rumah. Kereta Kancil keluaran Perodua yang sudah berusia berabad tahun, berpindah tangan dari
generasi ke generasi yang seterusnya.
Kali ini, dialah generasi itu…
Bukan
dia tidak mahu berkereta yang elok sikit.
Keluarganya mampu belikan yang lebih mewah lagi Tapi, dalam usia yang masih muda ini lebih
baik dia guna yang ini dulu. Kalau nak berkereta
mewah pun. Biarlah dia sudah punya
pekerjaan sendiri. Fikirnya sambil
tersengih.
Dia
lihat Nisa sudah berlari anak dan menunggu di tepi pintu Kereta Kancil tu. Siap tersengih-sengih…Dia menggeleng-gelengkan
kepala. Tak puas hati betul! Rungutnya dalam hati.
*……………………………….*
Selesai
saja menemankan Nisa mencari buku rujukan Bahasa Melayu di Kedai Buku Popular
di Centre Point. Pusat membeli-belah di
kota Kinabalu itu. Mereka turun ke
tingkat Palm Square. Makan tengah hari
kat situ dahulu sebelum pulang ke rumah.
Nisa
duduk sambil bersila di atas kerusi.
Amad hanya buat muka ‘aku-tak-kesah’!
Dah memang perangai Nisa macam tu.
Cubalah tegur Nisa supaya duduk elok-elok. Akan Nisa tembak menggunakan batang straw yang berisi air milo! Dia dah kena sekali, jadi jangan cuba-cuba
nak tegur lagi!
Selesai
saja menjamu selera, mereka bergerak pulang.
Kereta Kancil yang pada mulanya bergerak lancar di jalan raya mula
terbatuk-batuk. Dah macam batuk penyakit
Tibi tu…Amad yang kekalutan hanya tersengih memandang Nisa. Pantas dia pasang signal kecemasan.
Tanpa
diminta dan disuruh, kereta tu mati di tengah-tengah jalan. Nisa dan Amad pandang memandang dan kemudian
ketawa kuat. Apa kesss!
“Ini
mesti kau tak ikhlas bawa aku jalan kan? Kan? Tengok, dahlah kereta mati kat
tengah jalan. Panas pulak tu! Orang yang lalu lalang pun tengok kita dengan
muka pelik. Siap tersenyum-senyum! Ingat diaorang buat iklan ubat gigi ke? Perli-perli kita macam tu!.” Bebel Nisa
sambil menahan panas dengan plastik buku.
“Apa
kaitan pulak aku tak ikhlas ni?! Dah,
jangan nak membebel. Kejap lagi abah aku
sampai…Kau duduk kat bawah pokok tu.” Arah Amad sambil menbuka bonet
kereta. Segitiga bewarna merah diambil
dan diletakkan 1 meter dari belakang Kereta Kancil tu.
Tanpa
banyak soal, Nisa berlalu ke bawah pokok.
Duduk mencangkung sambil menopang dagu.
Amad yang melihatnya hanya tersengih.
Dia masih berdiri di tepi Kereta Kancil tu. Bayangkan jika gadis lain yang dibawa tadi, pasti
gadis tu bersembunyi sebab malu dengan kejadian ini.
Nisa
dikerling lagi. Masih menopang dagu
sambil melihat kereta yang lalu lalang dengan muka selamba babun. Dengan hanya memakai seluar jeans dan baju
t-shirt. Rambut pulak diikat gaya ponytail. Simple!
Dia
tersenyum, Nisa lain dari gadis-gadis yang lain. Nisa tidak pandai berbohong apatah lagi hipokrit. Nisa adalah diri Nisa yang sebenarnya. Itu sebabnya dia suka berkawan dengan Nisa,
dan yang paling best diaorang ni satu
kepala!
*……………………………….*
Satu
hari, semasa sesi persekolahan…
“Apa
kau tengok tu?.” Soal Nisa sambil melihat Amad yang duduk di dalam kelas
sepanjang waktu rehat itu.
Amad segera memyembunyikan sepucuk surat di dalam laci. Kemudian, tersengih lebar. Janganlah Nisa nampak! Mohonnya dalam hati…
“Kau
sembunyi apa tu?!.” Tanya Nisa lagi.
Kali ini dengan mata bersinar-sinar!
Amad
ketap bibir. Alamak….
“Aku
tanya kau, apa kat dalam laci tu?!.” Kali ini suara Nisa meninggi. Dah macam memaksa lagaknya!
Amad mendengus kuat, lantas mengeluarkan sepucuk surat dari dalam lacinya! Surat itu diserahkan pada Nisa. Nisa menyambutnya dengan selamba dan tersengih-sengih…
“Wah,
kau ada peminat rahsialah…Hebat!.” Riang Nisa sambil membaca bait-bait ayat di
dalam surat itu.
Nisa
melihat Amad semula. Amad diketegorikan
dalam lelaki paling hensem dalam sekolahnya.
Dah hensem, bijak pulak tu!
Perangai pun boleh tahan sopan, Amad sopan dengan orang lain aje. Dengan dia, Amad buat macam layan best buddy dia! Hancur…
“Kau
nak balas ke? Dia cakap, dia nak tahu
sekiranya kau sudi menerima dia sebagai insan yang paling istimewa. Jikalau kau sudi, dia nak jumpa kau kat
pondok bersebelahan padang sekolah…petang ni!.
Waduh, jiwang beb!.” Kata Nisa lagi sambil duduk di hadapan Amad. Dia menyerahkan semula surat itu pada Amad.
Amad
mengambil dan meletakkan semula surat tu di dalam lacinya. Dia pandang Nisa dan meletakkan kedua-dua
tangannya di atas meja.
“Biarlah,
aku tak nak balas dah…Aku nak tumpukan perhatian aku pada pelajaran sekarang
ni. Benda-benda macam ni tak berfaedah
dan hanya membuang masa saja...” Balas Amad dan kemudian tersengih.
Nisa
tersentak…
“Wei,
sampai hati kau cakap buang masa. Kesian
kat dia. Betul ke kau tak nak balas
surat tu? Selama ni kalau ada orang bagi
surat ataupun luah isi hati kat kau, kau balas dengan baik. Walaupun kau tolak diaorang tu!.” Kata Nisa
dan bersimpati pada pengirim surat yang hanya menulis nama sebagai ‘NJSR’…
Amad
hanya mengangkat bahu dan keluar dari kelas.
Nisa diam dan menoleh ke luar tingkap dengan pandangan kosong!.
Keesokkan
harinya. Nisa mengambil cuti sakit
akibat demam selsema. Selepas saja pulih
dari demam, Nisa kembali ke sekolah dengan lebih ceria dan happy sentiasa. Nisa
meneruskan hari-hari persekolahannya bersama Amad serta rakan-rakannya yang
lain!
*……………………………….*
Persahabatan
antara mereka berdua masih lagi akrab dan erat walaupun usia mereka sudah
berganjak ke 25 tahun. Amad mewarisi
perniagaan Abahnya, entrepreneur yang
berjaya manakala Nisa bekerja sebagai account clerk di sebuah syarikat swasta.
Sehinggalah
Amad terpandang Nisa yang memakai tudung buat kali pertamanya…
“Wei,
kau nampak aku ni macam tak pernah nampak orang bertudung! Kenapa, pelik ke?.” Soal Nisa sambil
membetulkan tudung di atas kepalanya.
Niatnya untuk bertudung tiba-tiba datang dalam benak fikirannya. Lagipun, kesedarannya datang apabila membaca
sebuah buku yang menerangkan kelebihan berhijab dalam hukum islam. Insaf dia buat selamanya!
“Tak…tak…aku…cuma
ter…kejut aje.” Balas Amad sambil menguak rambutnya. Dia menahan debaran di dada! Buat seketika, dia terpana dan terpaku
melihat Nisa yang bertudung itu. Ya
Allah, comelnya dia! Pujinya dalam hati.
“Ooo…ingatkan
apa tadi.” Ujar Nisa sambil tersenyum manis.
Sekali
lagi Amad terpana!
‘Apa
kena dengan aku ni!’…Bisik Amad dalam hatinya.
Entah kenapa Nisa yang bertudung ini menimbulkan satu perasaan
halus. Sukar untuk diungkap dengan
kata-kata…Selama ini, Nisa memang mempunyai raut wajah yang comel dan manis. Cuma Nisa sahaja yang lebih suka dengan bergaya
santai dan lebih suka menampal bedak Jhonson
Baby berbanding menggunakan alat-alat mekap yang lain. Tetapi, apabila dia melihat Nisa yang
bertudung ini… Betapa dia terpukau!
Muka
bulat, mata yang bundar, alis kening yang elok terletak dan bulu mata yang
lentik. Bibir Nisa elok terletak dan
apabila dia pandang sekali lagi. Nisa
pakai Lipgloss!
“Kau
fikir apa tu?. Hish, ni hah aku ada buat
kek coklat tadi. Ambil dan makan!” Ujar
Nisa sambil menghulurkan tapau kek coklat kepada Amad. Amad menyambutnya sambil melihat Nisa. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Hish, kenapa aku tak boleh larikan pandangan
aku dari Nisa ni?! Rungutnya dalam hati.
Nisa
berpamitan dan hanya beberapa langkah.
Dia sampai ke rumahnya. Cepat
kan…apa tak cepatnya kalau rumah mereka hanya bersebelahan. Nisa tersengih dan masuk ke dalam rumahnya. Amad yang masih berdiri di situ tidak
dipedulikan. Apa kes dengan Amad tu?!
biasanya kalau aku bagi makanan, mesti dia sindir aku…
‘Kau
ada letak racun ke? Tak pun guna-guna supaya aku suka kat kau?’...Nak jugak aku
backhand dia masa cakap macam tu. Punyalah aku baik hati bagi makanan kat dia…Kan
sebagai jiran tetangga, kita haruslah menghulur, menerima dan beramah mesra sesama
jiran demi menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup berjiran tetanga
ini. Bisiknya dalam hati.
*……………………………….*
Sejak
hari itu, Amad seringkali terbayangkan Nisa yang ‘comel-loteh’ itu. Haji Mustapha dan Puan Alisya kebingungan
dengan gelagat anak bujang diaorang yang sering kali termenung sahaja. Apabila ditanya, hanya gelengan didapat. Pelik!
Hujung
minggu itu…Amad hanya berehat di rumah sambil melihat keceriaan dan kegembiraan
adik-adik perempuannya, Ana dan Aina berkaraoke.
“Abang
tak nak nyanyi sama ke?.” Soal Ana. Adik
kedua bongsu dalam keluarganya.
Amad
hanya menyandar di sofa dan memeluk tubuh.
Adiknya itu dipandang dan hanya menggeleng.
Ana
dan Aina hanya tersenyum dan menyambung berkaraoke sambil tergelak-gelak. Amad menutup matanya. Perasaannya yang gundah-gulana sejak
kebelakangan ini amat memeritkannya. Dia
tahu, penyakit yang dialaminya sekarang ini adalah ‘Cinta’. Cinta di antara lelaki dan perempuan. Sememangnya, dia sudah jatuh cinta pada
Nisa! Sahabat dan jiran sebelah rumahnya
itu!
Dia
mengeluh halus. Tak mungkin dia akan
meluahkan rasa yang ada pada hatinya ini kepada Nisa. Bayangkan kalau dia luahkan pada Nisa. Tentu Nisa akan terkejut. Baik kalau tak pengsan! Dia tidak mahu
merosakkan persahabatan antara mereka berdua…
Dia
mengeluh lagi…
“Ana,
boleh tolong pasang lagu Rhoma Irama – Penasaran tak? Abang nak nyanyi...”
Tanya Amad tiba-tiba sambil melihat adiknya itu.
Tetapi,
terus saja Ana dan Aina ketawa berabis kat situ. Apa kes abangnya nak nyanyi dangdut ni?! Ketawa mereka masih lagi kedengaran. Amad menjeling pada mereka. Dia berdiri dan menuju ke almari lantas
mengambil CD Rhoma Irama itu. Itu adalah
CD Abahnya. Abahnya merupakan peminat
setia Rhoma Irama.
“Takde
lagu lain ke abang? Ini lagu Abahlah…”
Soal Aina sambil tersenyum dan ketawa lagi.
Pelik dia dengan abangnya ini.
“Hari
ni abang berjiwa dangdut!...” Amad mengambil microphone di tangan Ana.
Lantas duduk di antara Ana dan Aina.
Screen
sudah memaparkan lagu Rhoma Irama – Penasaran…
Kalau
belum bisa aku mendapatkan…
Oh
gadis manis yang menjadi rebutan…
Sungguh
mati aku jadi penasaran…
Sampai
mati pun akan kuperjuangkan…
Memang
dia yang paling manis…
Di
antara gadis yang manis…
Aku
pun tak merasa heran…
Kalau
dia jadi rebutan…
Sungguh
mati aku jadi penasaran…
Sampai
mati pun akan kuperjuangkan…
Amad
menyanyikan lagu itu dengan baik sekali.
Sememangnya dia punya suara yang mantap. Bagaikan lagu Penasaran itu amat sesuai
untuk jiwanya sekarang ini! Adik-adiknya
hanya tergelak-gelak di tepinya sambil menepuk-nepuk tangan. Apabila selesai menyanyikan lagu itu, dia
berdiri dan melangkah ke biliknya.
Adik-adiknya berpandangan antara satu sama lain.
‘Aik,
kenapa tu?! Kejap mood baik, kejap mood murung, kejap lagi mood menghayal’…Fikir Ana dan Aina
kemudian mengangkat bahu. Turut bingung
sepertimana Abah dan Umi diaorang!
*……………………………….*
Nisa
mengambil handphone di atas
mejanya. Dia check mesej di peti masuk.
Kosong! Hish, kenapa tak berbalas mesej aku ni? Gumamnya dalam hati.
Pagi
tadi, dia ada mesej Amad untuk bertanyakan samaada nak temankan dia ke One
Borneo ataupun tak. Dia saja mengajak
Amad pergi bersama. Ini kerana sejak
kebelakangan ini mereka berdua sudah jarang keluar bersama. Lagipun, dia perasankan sesuatu. Setiap petang, apabila dia terserempak Amad
di luar rumah. Amad seperti tidak
menghiraukan dia. Apabila diajaknya
berbual, Amad memberi alasan yang dia sibuk dengan fail-fail yang perlu disemak. Apa kena dengan Amad tu? Dia ada masalah ke? Fikirnya sambil memegang dagunya. Dah macam berfikir gaya Conan, Detective
Conan. Kartun kegemarannya itu!
Dia
mendengus…Amad memang nak kena dengan aku!
*……………………………….*
Nisa
berdiri di luar rumah Amad sambil memberi salam…
“Assalamualaikum…”
Ucapnya sambil melangkah masuk.
Kelihatan Puan Alisya keluar dari dapur sambil tersenyum melihat
dirinya.
“Waalaikummussalam…Nisa
rupanya. Masuk nak…” Sahut Puan Alisya
sambil memegang tangan Nisa.
“Dah
masuk pun mak cik.” Balas Nisa sambil tersengih-sengih.
Puan
Alisya ketawa kecil sambil menarik pipi Nisa.
Gadis itu amat manis pada pandangan matanya. Bayangkan kalau Nisa ni jadi menantunya! Pasti best! Bayangnya dalam hati sambil tersenyum…
“Mak
Cik, Nisa nak jumpa Amad. Boleh tak? Tadi pagi Nisa ada mesej dia. Tapi, dia tak balas mesej Nisa ni. Biasanya kalau dia tak dapat balas, Amad dah
pergi ke rumah. Jumpa Nisa. Ini tidak, no message! Pelik. Dia sihat
ke mak cik? Sejak dua menjak ni, dia
macam ada masalah aje. Jadi pendiam. Selalunya dia tu happy go lucky dan mulut tu macam mulut murai aje, bising!. Tapi sekarang ni, dia macam lain sikit…” Luah
Nisa berterus terang tentang kedatangan pada hari ini.
Puan
Alisya mengeluh lembut lantas menarik Nisa ke sofa di ruang tamu itu. Dia pandang Nisa yang sudah duduk di
hadapannya itu.
“Mak
cik pun tak tahu. Orang kat rumah ni
memang perasan dengan perubahan Amad tu.
Tapi, apabila ditanya, Amad cakap yang dia okey aje. Tapi, dia tetap
dengan mood termenung dan mengelamun
dia tu. Biasanya dialah penyeri dalam
rumah ni. Adik-adik dia tu habis
diusiknya. Tapi, macam yang Nisa cakap
tadi. Dia dah jadi pendiam aje. Macam ada masalah.” Balas Puan Alisya dengan
dahi berkerut.
Nisa
mengeluh halus. “Amad ada kat atas ke?.” Soalnya sambil meninjau sekeliling.
“Dia
ada kat dalam bilik. Ana dan Aina ada
kat dalam bilik rehat, berkaraoke. Nisa
naiklah ke atas. Nisa pergilah
tengok-tengokkan Amad…Mana tahu Nisa boleh cungkil apa masalah dia tu...” Arah
Puan Alisya sambil tersenyum melihat Nisa.
Nisa
mengangguk dan berpamitan. Dia melangkah
naik ke atas rumah banglo yang luas dan berhias cantik itu. Dia masuk ke dalam bilik rehat. Kelihatan Ana dan Aina masih berkaraoke di
situ.
“Kak
Nisa!.” Jerit Ana dan Aina kegembiraan.
Nisa
tersenyum…
“Kakak
nak jumpa abang kamu tu…Dia masih kat dalam bilik dia ke?.” Tanya Nisa meminta
kepastian.
“Yup! Tadi, lepas aje abang nyanyi lagu
dangdut. Dia terus masuk bilik. Tak tahu kenapa dengan abang tu? Macam ada
masalah aje…” Lancar Aina berbicara. Ana
di sebelah hanya menganggukkan kepalanya.
Nisa
memandang Aina yang berumur 17 tahun itu.
Kemudian melihat Ana yang berumur 19 tahun. Cantik!
“Takpe,
nanti kakak pergi tanya apa masalah dia...” Balas Nisa sambil keluar dan menuju
ke bilik Amad.
Dia
berdiri di depan bilik Amad. Dia
mengetuk pintu bilik itu dengan kuat…
“Assalamualaikum…
Amad! Nisa ni…Buka pintu!.” Laung Nisa dengan ketukan di muka pintu itu.
Amad
yang berbaring di katil terkejut. Dia
bingkas bangun dan berjalan mundar-mandir dalam biliknya. Dia garu kepala yang tak gatal. Nisa!
“Amad,
kau ada kat dalam kan?! Buka pintu ni!.”
Arah Nisa dengan kuat lagi.
“Aku
kira sambil sepuluh. Kalau kau tak buka
pintu ni dalam masa itu. Aku bagi hadiah
paling ‘manis’ untuk kau. Kau nak ke?!.”
Sambungnya lagi yang berbaur ugutan itu.
“Satu…Dua…Tiga...Empat…Lima….”
Kira Nisa dengan kuat. Tapi kelibat Amad
masih tidak kelihatan untuk membuka pintu itu.
Dia
tidur ke? Fikir Nisa…
“Enam…Tujuh…Lapan…Sembilan…Sembilan
setengah…kau memang nak kena dengan aku!. Sepu…” Pintu bilik terkuak dengan
perlahan. Amad berdiri di hadapannya
dengan pandangan serius!
Nisa
membalasnya dengan pandangan tajam! Jom main lawan mata! Tapi, sekejap sahaja Amad melarikan pandangan
matanya dari mata Nisa…
Nisa
mencebik, aku menang! Laungnya dalam hati…
“Kau
nak apa?.” Tanya Amad yang berdiri di muka pintu itu sambil berpeluk
tubuh.
Nisa
ketap bibir. “Kenapa tak balas mesej aku?.” Tanya Nisa. Direct
to the point!.
Amad
mengeluh kemudian dia menutup pintu biliknya.
Dia berjalan di hadapan…
“Kita
ke koridor…” Arahnya pendek.
Nisa
hanya mencebik di belakang. Tetapi, dia
ikut langkah Amad yang belok ke kanan.
Menuju ke koridor!
*……………………………….*
“Kau
ada masalah ke?.” Soal Nisa serius dan duduk dengan santai di hadapan
Amad.
Amad
hanya duduk di situ sambil berpeluk tubuh.
Dia menyandar selesa…
“Aku
okey.” Balasnya pendek. Menyembunyikan hakikat yang sebenarnya! Dia melemparkan pandangannya ke taman yang
terletak tidak beberapa jauh dari situ.
Dia tidak betah untuk menatap dan merenung wajah dan mata Nisa itu!
“Kau
jangan nak tipu! Kau bukan jenis yang
pandai berbohong…Kau bagitahu aku apa masalah kau, mana tahu aku boleh tolong...”
Tanya Nisa lagi. Tidak berputus asa!
Amad
diam dan kemudian mengeluh halus. “ Aku tak apa-apalah…Pasal mesej kau tu, aku
minta maaf. Aku baru aje baca mesej kau
tu. Baru nak balas, tapi kau dah
datang!.” Bohong sunat Amad lagi sambil tersenyum sumbing. Matanya masih lagi melihat ke arah taman
itu.
‘Minta
maaf Nisa, aku dah baca mesej kau awal-awal lagi. Cuma aku mengelak nak berjumpa dengan kau
aje…Takut perasaan aku ini tak dapat dikawal.
Berilah aku beberapa hari dan ruang.
Akan aku pulih seperti sediakala dan kembali kepada Amad yang dahulu’. Pohonnya dalam hati…
Kening
Nisa terangkat, dah macam gaya The Rock!
Professional Wrestler WWF/E itu…
“Amad,
kan aku dah cakap tadi…Kau bukan orang yang pandai berbohong!. Jangan nak simpan-simpan rahsia dengan
aku! Semua rahsia kau, aku dah
tahu. Tahi lalat kat badan kau tu pun
aku tahu kat mana tempatnya! Baik kau cakap kat aku. Sekarang!.” Pinta Nisa geram dengan Amad yang
masih berahsia lagi dengan dia!
Terus
Amad pandang Nisa…
“Ek elleh, sampai macam tu sekali kau
tahu! Kau intip aku ke?. Nisa-Nisa…rupanya kau seorang yang pervert! Tak sangka aku!.” Geleng Amad
dengan muka serius. Saja mengelak dengan
soalan Nisa yang membuatkan hatinya tidak tenteram!
Nisa
duduk menegak. Pantas tangannya
memanjang dan menumbuk lengan Amad dengan kuat…
“Excuse me, jangan nak tuduh sembarangan!
Macam manalah aku tak tahu kalau kau suka mandi pakai seluar dalam aje masa
kecik-kecik dulu. Dah tu, siap masuk
dalam ‘derom’ lagi. Kau ingat itu bathtub ke?! Sampaikan kau
heret aku sekali masuk dalam ‘derom’
tu! Tak pasal-pasal kena marah free oleh mama.” Ungkit Nisa sambil mencebik.
Amad
ketawa kuat. Dia pandang Nisa. Betapa dia tidak mahu memusnahkan
persahabatan ini!
Dia
duduk tegak dan melihat ke mata Nisa.
Dia menarik nafas dan kemudian menghembusnya perlahan…
Dia
bertekad, rahsia hati ini akan disimpan!
Tidak akan sesekali diluahkan pada Nisa! Dia tidak mahu merosakkan
pertalian persahabatan yang sudah terjalin sejak dari kecil lagi…
“Tak
ada apa-apalah. Aku okey!.” Jawab Amad sambil tersenyum dan memandang tepat ke mata
Nisa!
Nisa
mencebik…Dia tidak percaya!
*……………………………….*
Amad
mengambil fail di atas meja kerjanya.
Kertas-kertas di dalam fail itu diteliti dan disemak satu persatu. Dia mengisyaratkan kepada setiausahanya agar
tidak menerima sebarang panggilan masuk! Buat masa ini dia mahu bersendirian!
Sudah
2 minggu sejak Nisa datang ke rumahnya untuk menanyakan permasalahannya
itu. Sejak dari itu jugaklah dia
berlagak selamba dan hanya menyibukkan dirinya dengan kerja-kerja di
pejabat. Dia berbuat demikian agar dapat
melupakan hakikat yang dia menyukai Nisa!
Bukan sebagai sahabat, tetapi sebagai seorang lelaki kepada wanita yang
dicintainya! Gila, memang dia gila!
Fail
kedua di ambil lagi, diteliti dan disemak sekali lagi…
“Haaah!!!....”
Amad melemparkan pen di atas meja. Dia
menyandar dan menutup matanya.
Dia
mendengus kuat…Dia bangun dan berdiri sambil melihat pemandangan di luar
melalui dinding bangunan yang diperbuat daripada kaca itu. Cuaca yang cerah tetapi bukan seperti
hatinya. Keruh!
Handphone
di atas mejanya berbunyi. Dia mengeluh
lagi dan hanya membiarkannya... Malas dia nak menyambutnya. Bukan disaat fikirannya tengah berserabut
dengan hal berkenaan Nisa!
Tidak
lama kemudian, pintu biliknya diketuk.
Setelah memberi kebenaran, setiausahanya itu masuk dengan riak wajah
yang serba salah.
“Ada
panggilan…”
Amad
merenung tajam setiausahanya itu. “Bukankah saya sudah berpesan tadi agar tidak
menerima sebarang panggilan masuk!.” Potong Amad dengan nada yang kurang
menyenangkan!
Setiausahanya
itu tersentak…
“Tapi,
ia panggilan dari Puan Alisya. Urgent katanya.” Ujar setiausahanya dengan
suara yang sedikit kendur. Barangkali
takut!
Amad
terdiam, pelik dengan panggilan itu…Uminya tidak pernah menelefonnya
menggunakan talian pejabat, melainkan ada hal yang berlaku!
Dia
mengarahkan setiausahanya itu menyambung talian masuk ke dalam biliknya…
“Assalamualaikum
Umi, Amad kat sini…” Ucap Amad apabila talian sudah disambung masuk. Tidak lama kemudian, riak muka Amad berubah!
Tanpa
membuang masa, dia mengambil handphone
dan kunci keretanya di atas meja. Dia perlu
ke hospital sekarang ini, Nisa!!!
*……………………………….*
Amad
keluar dari Kereta Fortunernya dan melangkah masuk ke dalam ruang kecemasan. Kelihatan kedua ibu bapa serta keluarga Nisa
di situ bersama dengan Abah dan Uminya.
Dia bertambah kalut…
Sebentar
tadi, Uminya memberitahu yang Nisa mengalami kemalangan semasa pulang dari
makan tengah hari. Kereta yang dipandu
oleh Nisa dilanggar oleh kereta lain.
Amad
menyalam Abah dan Uminya. Begitu juga
dengan kedua ibu bapa Nisa…
“Nisa
tak apa-apa ke?!.” Tanya Amad kalut.
“Tak
tahu, mak cik hanya dapat panggilan dari rakan Nisa. Rakan Nisa... ada ditempat kejadian masa
kemalangan itu berlaku…” Lirih Puan Fatimah dengan esakan kecil.
Amad
bertambah kalut dan seperti hatinya disiat dengan pisau belati apabila
mendengar esakan Puan Fatimah. Uminya
turut mengalirkan air mata. Dia
menyandar di dinding. Menahan diri dari
sebarang kemungkinan!
Amad
melemparkan pandangan pada rakan Nisa.
Baju rakan Nisa itu dipenuhi dengan tompokan darah! Dia meraup mukanya...
Ya
Allah, apakah ini cubaan yang perlu aku lalui? Jikalau iya, janganlah Engkau
uji hamba-Mu ini dengan cubaan yang tidak mampu hamba-Mu ini hadapinya. Sesungguhnya, hamba-Mu yang hina lagi kerdil
ini bermohon kepada-Mu…Jauhkanlah Nisa dari sebarang kecederaan yang mampu
meragut nyawanya...Ya Allah, Hamba-Mu ini masih memerlukan insan yang bernama
Nisa dalam menempuhi kehidupan yang seterusnya.
Amin…
Doa
Amad dengan hati yang pilu…
Tidak
lama kemudian, kelibat seorang doktor keluar dari bilik pembedahan…
Amad
merasakan dunianya gelap gelita apabila terdengarkan kata-kata doktor itu yang
menyatakan bahawa Nisa sudah tiada!
Pergi meninggalkan dia buat selamanya!
Ya
Allah…
*……………………………….*
Amad
merenung tanah kubur itu dengan pandangan sayu.
Sudah 3 tahun peristiwa itu berlaku.
Dia menghadiahkan Nisa dengan ayat suci Al-Quran, surah Al-Fatihah dan
Surah Yassin…Penuh syahdu dia mengalunkannya.
Dalam
hatinya, dia berdoa agar Nisa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…Amin.
Sesudah
itu, dia melangkah hiba. Tidak pernah
sekalipun dia tidak melawat kubur Nisa dalam tempoh 3 tahun ini. Setiap kali dia teringatkan Nisa. Dia akan ke sini…Tetapi, setiap kali itu
jugaklah dia berasa perit. Hatinya kini
sudah di bawa pergi bersama Nisa…
Apatah
lagi apabila mengetahui bahawa Nisa jugak mempunyai perasaan kepadanya. Perkara ini diketahui daripada Tini. Kakak sulung Nisa. Tini menyerahkan diari Nisa kepadanya. Pada mulanya, dia menolak kerana itu adalah
barang peribadi Nisa. Tetapi, Tini
bertegas dan berkata... Ada sesuatu yang
perlu dia tahu!
‘Amad,
andai kau tahu rahsia hatiku ini, bahawa aku amat menyintaimu sejak dari aku
mula mengenali apa itu cinta! Tetapi,
aku takut jikalau perasaanku ini akan merosakkan persahabatan antara kita
berdua. Jadi, aku pendamkannya…Hanya DIA
yang tahu rahsia hatiku ini!’. Bait-bait ayat itulah yang memeritkan hatinya.
Dia
juga tahu bahawa Nisalah yang menulis surat cinta dan menggunakan nama samaran ‘NJSR’
yang bermaksud Nisa, Jiran Sebelah Rumah! Betapa dia menyesal dengan perkara
itu…
Tetapi,
menyesal pun tidak berguna! Seandainya dia tahu, akan dia luahkan perasaan
hatinya kepada Nisa. Biar Nisa tahu yang
rahsia di hatinya adalah sama dengan rahsia di hati Nisa. Dia juga menyayangi dan mencintai Nisa sepenuh
hatinya. Dia mendongak dan merenung
langit, air matanya mengalir …Nisa!!!
*---------Tidak
semua cerita di akhiri dengan Happy
Ending---------*