Tuesday 11 November 2014

NOTIS @ PEMBERITAHUAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...(^,^)/

Kepada pengikut blog saya,mulai hari ini...blog ni saya tidak gunakan atas alasan tertentu.Sekiranya anda ingin mengikuti penulisan saya lagi.Sudilah terjah ke blog baru saya :

http://misshusna006.blogspot.com

Untuk pengetahuan anda, Bonus Entry untuk Bos a.k.a Suamiku menanti anda di sana...(●^^●)/

LOVE & PEACE.

Monday 25 March 2013

NOVEL : BOS A.K.A SUAMIKU (BAB 15)


Dear pembaca setia Bos a.k.a Suamiku, ini adalah entry terakhir yang saya paparkan untuk anda semua.  Selepas ini, saya akan menumpukan perhatian saya dalam menyiapkan novel ini.  Ini disebabkan, Bos a.k.a Suamiku sudahpun ditawarkan untuk melalui Proses Penilaian Terbit oleh pihak Karyaseni.  Alhamdulillah...

Selamat membaca dan teruskan sokongan anda.  Love & Peace....

>------------------------------------------------------------------------------------------------------------<


Mulut yang ternganga luas sebentar tadi, aku tutup rapat.  Afiq Khairul yang berdiri di hadapanku ini kurenung tajam.  Bibirnya masih lagi terukir dengan senyuman nakal lagi gatal itu!

“Jadi, maksud abang...” Tidak kusanggup sambung ayat itu sampai habis.  Mukaku mula merona merah.  Pantas aku berpaling dan membelakangkan Afiq Khairul.  Ya Allah, malunya aku!

“Ciuman pertama Leha berlaku di sini… masa Leha berumur 10 tahun lagi.  So, tak perlu nak malu atau mengelak dari abang.  Sebab yang bagi ciuman tu bukan orang lain.  Tapi, abang jugak kan…” Meleret sungguh ayat Afiq Khairul itu.

Aku kipas muka aku dengan tangan.  Terasa panas mula menyelubungi seluruh tubuhku dikala ini.  Terasa rambut aku seperti nak terpacak-pacak di sebalik tudung ini.  Panas lagi hangat! 

“Tapi, ciuman semalam tu lebih thrill berbanding yang dulu.  Rasanya sebab Leha dah besar panjang macam ni kot,” bisik Afiq Khairul betul-betul di telinga aku.

Aku yang terkejut dengan kelakuannya itu menjarakkan diri dengan mulut terlopong.  Thrill?

Keningku bertaut.  “Sejak bila abang jadi miang macam ni?  Sudah!  Leha tahu… jangan diulang lagi!” bentakku lalu berlalu dan melangkah pergi dari situ.  Tidak sanggup nak berhadapan dengan Afiq Khairul lagi. 

“Eh, bukan Leha yang nak tahu sangat ke perkara ni dari semalam? Apasal nak mengelak pulak?” perli Afiq Khairul dengan senyuman sinis.

Aku menoleh dengan muka bengang.  “Sudah! Cukup!” arahku sambil menudingkan jari pada dia.

Terdengar cetusan ketawa dari Afiq Khairul.  Aku gigit bibir.  Menyesal aku tanya! Aku berjalan laju tanpa menghiraukan Afiq Khairul yang masih lagi ketawa di belakang aku.

“Leha…” panggil Afiq Khairul.

Aku buat pekak lagi tuli.

“Leha…” panggil Afiq Khairul sekali lagi.

Aku tetap berlagak pekak dan tuli.

“Sekali lagi abang panggil tak menoleh, abang kerjakan Leha!” ugut Afiq Khairul dengan nada yang keras.

Aku berhenti melangkah.  “Abang ingat Leha takut ke dengan ugutan abang tu?  Maaf ye… Leha tak takut langsung! Sekarang, mula saat ini… jangan dekat dengan Leha! Tak suka!” beritahuku lalu melangkah semula tanpa melihat wajah Afiq Khairul.  Lebih tepat lagi, aku malu nak berdepan dengan dia.  Muka aku pun masih lagi terasa hangat!

*-------------------------*

“Leha dari mana?” soal umi apabila melihat aku mula nak menapak ke tingkat atas.

Aku tersenyum sumbing.  “Leha dari jalan-jalan dengan Abang Afiq kat luar sana tadi,” jawabku lalu membuang pandanganku ke atas saat melihat Afiq Khairul muncul di muka pintu dan memberikan satu pandangan yang penuh misteri. 

“Leha naik dulu,” pamitku cepat lalu melangkah naik ke atas. 

Aku masuk ke dalam bilik.  Tudung aku buka dan berdiri betul-betul di bawah kipas siling itu dengan tangan kanan di pinggang dan kanan kiri mengipas muka yang masih terasa hangat. 

Pintu yang dibuka dari luar itu tidak aku pedulikan.  Aku tetap berdiri di situ sambil merenung siling bilik.  Aku tahu yang akan melangkah masuk itu ialah Afiq Khairul.  Tidak lama kemudian, Afiq Khairul berdiri di hadapan aku dengan raut wajah tanpa segaris senyuman.  Serius.

Aku larikan pandanganku ke tingkap bilik.  Apa aku peduli!

“Leha, pandang abang!” arah Afiq Khairul.

Aku ketap bibir.  Tak habis-habis dengan arahan dan ugutan.  Kalau tak mengarah dan mengeluarkan ugutan dalam satu hari… bukan Afiq Khairul la tu! Bebelku dalam hati.

“Nak apa?” soalku tanpa melihat Afiq Khairul.

Aku dengar dengusan kasar dari Afiq Khairul.  Tapi, aku tetap selamba di situ.  Tak kisah langsung! 

“Pandang abang.” Kali ini suara Afiq Khairul sedikit tegas berbanding sebentar tadi.

Kening aku terangkat.  “Ada apa dengan muka abang tu sampai Leha kena pand…” Aku sudah terkaku di situ.  Spontan aku tolak tubuh Afiq Khairul dan kesat mulut aku.  Sakit dihati usah dikata! 

Afiq Khairul pula hanya tersenyum sinis lantas berlalu ke birai katil lalu duduk dengan santainya di situ.  Aku pegang dada yang terasa semput disebabkan sakit hati yang melampau-lampau! Sabar-sabar-sabar… sabar itu separuh daripada iman! Bisikku lalu menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

“Kenapa abang… suka buat sesuka hati?  Leha bukan anak patung.  Berapa kali Leha nak bagitahu? Nak Leha cakap bahasa apa baru faham…” kataku dengan suara yang kutahan-tahan daripada marah dan mencerlung tajam pada Afiq Khairul.

“Degil, tidak dengar cakap, keras kepala, kepala batu… ini balasan sebab tak hiraukan kata-kata abang tadi! Lain kali cubalah buat lagi.  Walaupun kita di depan orang saat ini, ingat abang takut nak buat macam ni ke? Maaf ye, abang tak takut langsung! Halal dah pun…” kata Afiq Khairul dengan muka sempoi lagi selamba itu.

Aku terdiam.  Macam pernah kudengar ayat itu! Huh, nak perli aku la tu! Omelku dalam hati. 

Tanpa membuang masa, aku ambil tudung yang tersadai di sebelah Afiq Khairul.  Tudung aku pasang semula lalu melangkah ke pintu bilik.  Nak keluar! Tak ingin nak dekat dengan Afiq Khairul buat sementara waktu ini, ada saja yang dia buat aku sakit hati sampaikan ke tahap aku nak  meletup-letup macam bertih jagung!

“Nak ke mana?” tanya Afiq Khairul.  Lain sungguh nada suaranya itu pada pendengaran aku.  Macam memerli saja lagaknya!

Aku menoleh. “Berenang,” balasku lalu keluar dan menutup pintu bilik dengan sedikit kuat. 

Sempat aku dengar Afiq Khairul ketawa di situ. Aku mengeluh dan menapak turun ke bawah.  Lebih baik aku menempel dengan umi, ibu dan mak cik-mak cik aku yang lain.  Tiada tekanan perasaan dan tak perlu sakit hati!

*-------------------------*

Habis saja bersarapan dengan yang lain-lain.  Umi memesanku untuk menghantar bubur labu pada Mak Cik Mia, mama Sofea.  Kebetulan bubur labu yang dibuat sebentar tadi terlalu banyak, maka umi pun mengagihkan separuh pada jiran yang terdekat.  Aku tersenyum dalam hati.  Lumrah hidup berjiran-tetangga!

Aku yang bersiap sedia nak keluar dari pintu dapur terhenti apabila Afiq Khairul memanggilku.  Aku menoleh dan melihat Afiq Khairul mendekati aku.  Keningku berkerut…

“Abang nak apa? Leha nak cepat,” tanyaku sambil membetulkan pegangan mangkuk yang sederhana besar ini.

“Tak minta izin pun,” balas Afiq Khairul sambil berpeluk tubuh sambil menyandar di situ.

Aku terkelu.  Lebih tepat lagi, baru aku teringat kembali polisi dan peraturan selepas berumah tangga ini.  Setelah berkahwin, wajib untuk meminta izin pada suami apabila hendak keluar dari rumah.  Ya Allah. aku terlupa!

“Leha jalan dulu,” pamitku lalu berpaling dari Afiq Khairul.

“Abang tak izinkan.” Ayat itu membuatkan aku menoleh semula pada Afiq Khairul. 

“Ya ampun, Leha cuma nak ke rumah Sofea.  Tak jauh pun… dekat aje!” geramku dengan mulut memuncung ke rumah Sofea.

Afiq Khairul tetap tayang muka serius.

“Abang nak Leha minta izin dengan cara yang betul.  Buat dengan lebih sopan dan lemah-lembut sikit.  Ini tidak, tadi tu macam tak sudi aje pandang muka abang ni,  Buat lagi sekali!” arah Afiq Khairul.

Aku ternganga.  Sungguh mengarut permintaan Afiq Khairul ini! Aku lemparkan pandanganku ke ruang dapur yang kini kosong dan sunyi.  Nasib baik.  Boleh juga aku tayang muka masam lagi masin.  Tak perlu lagi berpura-pura!

“Mengarut.” kataku lalu menyarungkan selipar.  Tak ambil pusing dengan permintaan Afiq Khairul itu.  Mengada-ngada!

“Nak jadi isteri yang ingkar ke?” Afiq Khairul tayang senyuman sinisnya itu pada aku.

Aku terkaku di situ dengan mengetap bibir.  Lalu aku mendengus kuat dan menoleh semula pada Afiq Khairul.  Baru sehari aku jadi isteri Afiq Khairul, tapi dah bermacam perangai dan tingkahlaku dia yang terpaksa aku hadapi dan telan bulat-bulat.  Aku pamerkan senyuman.  Senyuman paksa lagi terdesak…

“Leha jalan dulu… assalamualaikum!” pintaku bermuka-muka.  Lembut nada suaraku berbanding tadi sambil kepala aku telengkan ke kanan.  Gaya comel konon!

Tapi…

“Lagi sekali!” arah Afiq Khairul.  Tetap dengan mukanya yang serius nak mampus itu!

Aku tahan sakit hati didada.  Kesabaran aku yang hanya senipis kulit bawang ini membuatkan aku mengucap dalam hati.  Ya Allah, kurniakanlah hamba-Mu ini dengan kekuatan dan kesabaran dalam melayani suami Hamba-Mu yang ‘tersayang’ ini.  Amin… mohonku dalam hati.

Aku capai dan pegang tangan Afiq Khairul.  Lalu menciumnya dengan penuh hormat.  Kepala aku dongakkan dan tersenyum manis.

“Abang, Leha pergi rumah Sofea dulu ye… Tak lama, kejapppp je.  Take care.  Assalamualaikum.  Pergi dulu ye…Nyahh!” ulangku dengan suara gedik dan pelik pada pendengaran aku.  Terlebih sudah!

Lama tangan aku di dalam genggaman Afiq Khairul sebelum dilepaskan.  Kepalaku diusapnya berkali-kali sebelum mengarah aku pergi dengan senyuman yang sukar dimengertikan.  Aku menarik nafas lega.  Tak faham langsung dengan perangai Afiq Khairul yang semakin pelik ini!

Tapi, satu perkara yang dapat aku fikirkan.  Rasa-rasanya Afiq Khairul seperti membuli aku saja!

*-------------------------*

Setelah berada di kampung halaman selama 2 minggu lebih, kini aku bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur.  Sebal dan hiba saat tanganku menyalam tangan abah, umi, atok, Amin dan yang lain-lain.  Nasihat dan doa dari mereka aku sematkan dalam ingatan.

Selama 1 minggu aku duduk di rumah Pak Cik Sufian yang kini aku panggil ayah.  Selepas itu, Afiq Khairul membawaku ke apartment baru.  Apartment yang kini menjadi tempatku berteduh dan menjalani kehidupan seterusnya sebagai seorang isteri kepada Afiq Khairul. 

Aku perhatikan ruang tamu yang sudah dilengkapi perabot serta perhiasan yang simple tapi cantik pada pandangan mataku ini. 

“Selesanya…” puji Adila yang sudah berbaring di sofa tiga serangkai itu.

Aku tersenyum.  Walaupun hari ini hari pertama aku menjejakkan kaki ke dalam apartment ini.  Hatiku sudah terpikat dengan hiasan di dalam apartment ini. 

“Alhamdulillah, nasib baik hari tu Afiq beli apartment ni lebih awal dahulu.  Ramai yang suka dengan apartment kat sini.  Dekat dengan pasar raya dan yang lebih penting dikawal dan dijaga dengan rapi.  Tak risau dibuatnya…” tambah ayah sambil duduk di sofa bewarna putih susu itu.

Aku hanya tersenyum sebelum melangkah ke dapur.  Ibu yang seperti dapat membaca fikiran aku turut melangkah ke dapur.  Dapur yang sederhana besar ini sudah lengkap dengan barangan seperti cawan, pinggan, periuk serta peti sejuk yang sudah berisi dengan barang-barang keperluan.  Tak kira yang kering mahupun yang basah.  Aku angkat wajah dan pandang Afiq Khairul yang duduk di sebelah ayah.  Tak kusangka yang Afiq Khairul sudah pun membuat persediaan yang lengkap serta teratur ini. 

Menjelang petang, barulah ayah, ibu dan Adila berangkat pulang.  Jarak dari rumah dan apartment ini hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja.  Nasib baik jaraknya tak jauh.  Kot-kot kalau aku merajuk ke, apa ke… boleh jugak aku pulang ke sana.  Aku tersenyum nakal lagi jahat dalam hati.

Aku yang baru nak masuk ke bilik utama berhenti dan merenung bilik kosong bersebelahan dengan bilik utama ini. 

“Kenapa?” tanya Afiq Khairul apabila aku hanya berdiri di situ sambil memegang dagu.

Aku mendongak dan tersenyum di situ.

“Ada bilik kosong.  Leha tidur dalam bilik sebelah ni, boleh?” tanyaku dengan sinaran mata yang penuh mengharap.

“Abang kata kita buat haluan masing-masingkan lepas kahwin ni… jadi, Leha nak tidur dalam bilik ni,” ungkitku semula sambil tersenyum.

Sungguh aku berharap dapat tidur berasingan dengan Afiq Khairul.  Walaupun perasaan kekok sudah tiada, tapi aku tak selesa apabila terpaksa berhati-hati dalam menyalin pakaian.  Tak bebas langsung!  Sekurang-kurangnya, kalau ada bilik sendiri, boleh juga aku berguling-guling di atas katil dan berbuat apa saja dengan sesuka hati.  Bebas!

Aku pulas tombol bilik itu dengan hati yang riang…

“Kejap.” Halang Afiq Khairul sambil memegang bahu aku.

“Tak boleh! Abang tak setuju!” bangkang Afiq Khairul keras.

Aku mula mencebik.  “Kenapa pulak? Tak ada orang lain dalam apartment ni.  Leha dan abang aje... kita tak perlu lagi berlakon happy dan berlagak bahagia.  Jangan risau, Leha tetap jalankan tanggungjawab Leha.  Mengemas, menyuci dan memasak.  Tapi, Leha nak tidur dalam bilik ni.  Leha tak nak kongsi bilik dengan abang lagi.  Tak bebas…” terangku dengan muka serius.

Dapat aku lihat wajah Afiq Khairul yang sudah berubah riak itu.  Aku telan air liur…

“Tidak! Abang tak benarkan! Takkan sesekali abang benarkan Leha tidur berasingan dengan abang!” bangkang Afiq Khairul.  Keras sungguh nada suara dia.

Aku menggeleng-gelengkan kepala.  “Abang jangan nak mungkir janji.  Bukan abang kata kita…”

Chup! Pipiku terasa hangat…

“Degil.  Nak abang buat sekali lagi ke?” ugut Afiq Khairul lalu berura-ura untuk mendekati aku. 
Aku tolak tubuh Afiq Khairul lalu masuk ke dalam bilik utama.

“Abang buat Leha sakit, tau tak?!” jeritku lalu berbaring di atas katil dan membenamkan wajahku pada tilam.  Airmata yang merembes keluar aku biarkan mengalir.  Tanpa segan silu aku menangis di situ dengan semahu-mahunya.

“Sakit?” gumam Afiq Khairul.

“Sakit hati, sakit jiwa, sakit perasaan! Takkan sakit perut kan…! Abang nak pendapat… abang aje yang kena dengar dan ikut... pendapat Leha ni abang pandang ‘enteng’… pandang sebelah mata saja! Mentang-mentanglah abang lebih tua dari Leha…” senduku lagi.    

Aku terasa seseorang mengusap kepala aku.  Aku tepis tangan itu.  Tak suka dan tak sudi sama sekali!

“Leha…” Afiq Khairul cuba mengatakan sesuatu.

“Sudah! Leha tak nak dengar! Alih-alih, Leha… kena mengalah jugak kan… Cukup! Leha tak nak tengok muka abang sekarang ni.” pintasku dengan sendu yang masih kedengaran.

Aku menangis di situ hingga tertidur.  Menjelang maghrib, barulah aku tersedar.  Itupun aku mengelak dari melihat wajah Afiq Khairul.  Sakit hati masih terasa!


*Terima kasih*

P/S : Tolong share to everyone(^^,)...





Sunday 24 March 2013

CERPEN : KISAH KITA BIASA TETAPI CINTA KITA LUARBIASA



Ameer Shafwan menarik selimut hingga menutupi tubuhnya itu.  Sejuk punya pasal!  Baru saja dia nak menyambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi, dia dikejutkan dengan bunyi benda terjatuh dari katil.  Dah macam bunyi nangka busuk jatuh di atas tanah!

Cepat-cepat Ameer Shafwan bangun dari pembaringannya dan melihat ruang di sebelahnya...Kosong!

Ameer Shafwan mengeluh halus lantas mengengsot turun dari katilnya.  Dia garu kepala yang tak gatal sambil melihat susuk tubuh yang sedang lena di atas lantai itu.  Dengan kaki kiri masih di atas katil, baju tidur yang sedikit tersingkap dan tangan menelentang seolah-olah memberitahu ‘Dunia-ini-aku-yang-punya!’....

Dia mengeluh lagi...

‘Macam manalah aku boleh kahwin dengan budak ni?!’ Rungutnya di dalam hati.  Dia duduk mencangkung sambil mengerak-gerakkan tubuh isterinya itu.  Umairah!

“Maira...” Panggilnya sambil menepuk-nepuk pipi montel isterinya itu.

Tetapi Umairah masih lagi tak sedar dari tidurnya yang lena itu.  Ameer Shafwan mengeluh lagi dan lagi...

“Liat sangat nak bangun...Kalau aku buat apa-apa kat dia ni, bukannya dia sedar pun.” Katanya sambil tersenyum nakal.

Ameer Shafwan berdiri lantas mengambil sesuatu di atas meja solek.  Dia mencangkung semula dan meneruskan misi jahatnya dengan ketawa yang ditahan habis!  Selesai saja menjalankan misinya.  Dia mencempung tubuh budak tu ke atas katil dan menyelimutkannya.  Sesudah itu berbaring semula dan tidur dengan hati yang gembira!

*.........................................*

“Abang!!!.” Jerit Umairah dari bilik air.

Umairah keluar dengan kening bertaut.  Ameer Shafwan yang ketika itu baru nak mengambil sejadah di birai katil menoleh dan melihat isterinya itu.  Terus saja dia buat muka selamba.  Padahal, dia dah ketawa berabis dalam hati!

Umairah maju ke hadapan dan menarik kolar baju melayu suaminya itu.  Dah macam mafia lagaknya!

“Ini abang punya kerjakan?!  Abang ingat lucu ke buat muka Maira macam ni?!.” Tempik Umairah sambil mengoyang-goyangkan tubuh suaminya itu.

Ameer Shafwan hanya ketawa di situ.  Dia perhatikan dua bulatan merah di kedua-dua pipi Umairah.  Dah macam Chibi Maruko-chan! Hahaha....

Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan di pintu.  Umairah dan Ameer Shafwan berpandangan antara satu sama lain sebelum Umairah berlari masuk ke bilik air semula.  Ameer Shafwan hanya berlagak selamba dan menuju ke muka pintu. 

“Ya, ada apa ibu?.” Tanya Ameer Shafwan pada Puan Alisya sambil tersengih.

Puan Alisya melemparkan pandangannya ke dalam bilik Ameer Shafwan dengan kening terangkat...

“Ibu terdengar suara Maira menjerit tadi.  Apa yang berlaku?.” Soal Puan Alisya dengan wajah berkerut.

Ameer Shafwan tersenyum manis...

“Tiada apa-apa ibu.  Maira terpijak lipas tadi.  Tu yang dia terjerit-jerit tadi.” Bohong sunat Ameer Shafwan tersenyum.

“Ooooo...Ingatkan apa tadi.  Dah solat subuh ke ni?.” Tanya Puan Alisya sambil tersenyum manis.

“Belum, kejap lagi baru solat.” Balas Ameer Shafwan sambil melemparkan pandangannya ke bilik air.

Puan Alisya hanya mengangguk dan berlalu dari situ.  Ameer Shafwan menarik nafas lega dan menutup pintu biliknya semula.  Dia berpaling dan melihat ke bilik air...Dia perhatikan sepasang mata merenungnya dengan tajam bagaikan sang  helang nak menerkam mangsanya! 

Umairah berdiri di balik pintu itu dengan memberi isyarat pada Ameer Shafwan.  Tangan di digerakkan kiri ke kanan pada paras leher.  Isyarat ‘Maut’ beb!

Ameer Shafwan hanya tersengih sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.  Macam budak-budak! Kutuknya dalam hati.

*.........................................*

Usai menyiapkan sarapan pagi, Umairah naik dan masuk semula ke dalam bilik.  Nak bersiap! Setelah bersiap ala kadar, Umairah melangkah turun ke bawah.  Ayah dan ibu mertuanya sudah pun duduk dimeja makan sambil tersenyum melihat dirinya.

“Selamat pagi ayah, ibu…” Ucap Umairah sambil menyalam dan mencium tangan kedua-dua ayah dan ibu mertuanya itu.  Hj. Bakri dan Puan Alisya…

“Selamat pagi Maira.  Lena ke tidur semalam?.” Tanya Puan Alisya sambil tersenyum manis.  Dia menuangkan Nescafe susu dan menyerahkannya pada Umairah.

Umairah menyambutnya dan tersengih habis…

“Lena ibu.” Jawab Umairah sambil buat simbol ‘peace’ dan mengenyitkan matanya.

“Macam mana tak lenanya ibu, sampai tak sedar jatuh dari katil tu.” Satu suara sindiran yang muncul di hadapan Puan Alisya menyebabkan muka Umairah merona merah.

“Jatuh dari katil?.” Soal Puan Alisya sambil melihat Ameer Shafwan yang duduk di hadapannya itu.

Hj. Bakri sudah tergelak di situ apabila melihatkan Umairah dah memuncungkan bibirnya bak Donald Duck!

Ameer Shafwan merenung Umairah siap dengan senyuman sinis sambil kening terangkat-angkat!

Umairah membalasnya dengan hidung sengaja dikembangkan-kempiskan! Ada lori, ada bas…Kejap lagi akan kubalas! Tunggulah wahai ‘suamiku tersayang’! Ugut Umairah sambil mengunyah nasi goreng dengan gaya tak puas hati!

Hj. Bakar dan Puan Alisya hanya tersenyum-senyum.  Bagi mereka, hubungan antara Ameer Shafwan dan Umairah dah bertambah baik.  Bukan seperti 4 bulan yang lepas, masa diaorang mula-mula kahwin dulu…Habis rumah ni dibuat padang pertempuran diaorang! Masing-masing tak nak mengalah.  Dengan Ameer Shafwan yang kuat menyakat dan sikap Umairah yang tak nak mengalah!

Walau bagaimanapun, dipanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi dengan kebahagian dan kegembiraan Ameer Shafwan dan Umairah.  Biarlah ia berkekalan hingga ke hujung nyawa.  Itulah doa mereka berdua.  Amin...

*.........................................*

Umairah mengambil beg galas di tempat duduk belakang lalu membuka pintu kereta.  Ameer Shafwan di sebelah dipandang dengan wajah simpati.  Waduh, habislah aku! Bisiknya dalam hati.

“Masih sakit ke? Maaf ye...” Ucap Umairah dengan wajah yang disengajakan manis. 

Harap-harap dengan kecomelan aku ni dia tak marah! Desis hati Umairah lagi.

Ameer Shafwan merenung Umairah dengan kening bertaut.  Dia mengeluh halus…

“Jangan nak mengada-ngada, abang okey…Maira bergerak sekarang! Kang lambat pulak masuk kuliah tu...” Arah Ameer Shafwan.

Umairah ketap bibir.  Rasa bersalah pada Ameer Shafwan semakin menebal.  Salah dia jugak.  Siapa suruh ‘tibai’ perut suaminya itu masa mula-mula masuk kereta tadi! Dia mengeluh halus…

“Maaf…Lain kali tak buat lagi.  Maira pergi dulu ye.  Hati-hati pandu kereta...” Ucap Umairah lalu menyalam dan mencium tangan Ameer Shafwan.

“Baiklah.  Tapi, lain kali Maira buat lagi…tahulah abang nak buat apa dengan Maira ni.” Ugut Ameer Shafwan dengan wajah serius.

Umairah telan air liur. “Roger boss! Janji tak buat lagi!.” Ucap Umairah menabik tangan.  Macam gaya tabik polis lagaknya!

Ameer Shafwan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila Umairah sudah berlari anak menaiki tangga.  Tidak lama kemudian, dia tersenyum lebar. Nakal Sangat!

Haihhh, nakal-nakal pun bini aku jugak! Keluhnya dalam hati.

*.........................................*

Ameer Shafwan mengemas fail dan kertas yang bertaburan di atas mejanya.  Tugasnya sebagai arkitek memerlukan ruang yang luas dan masa yang lebih untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi.  Jam di tangan dikerling sambil mengurut tengkuknya.  Penat menghadap pelan dan computer sepanjang hari.

Jarum jam dipergelangan tangan diperhatikan.  Dah masuk pukul 5:30 petang.  Masa untuk balik.  Hujan yang semakin lebat di luar diperhatikan sebelum mengambil briefcase di atas meja.

Handphone yang berbunyi dipoket seluar diambil tanpa melihat gerangan siapa yang meneleponnya disaat ini.

“Assalamualaikum abang...” Suara ceria di hujung talian membuatkan Ameer Shafwan tersenyum.

“Waalaikummussalam...Hah, nak apa?.” Tanya Ameer Shafwan dengan nada selamba.  Kemudian, tersenyum nakal...

“Amboi...tak menyempat! Ni haa...Maira nak pesan sesuatu.  Boleh ke?.” Tanya Umairah.  Direct to the point!

Ameer Shafwan tersengih di situ...

“Boleh...Tapi, malam ni upah urut bahu abang! Boleh ke?.” Pinta Ameer Shafwan dengan senyuman meleret.
Kedengaran keluhan di hujung talian...

“Hish, abang ni! Sikit-sikit nak upah, sikit-sikit nak upah...Abang ni suka tau ambil kesempatan dalam kesempitan.  Maira cuma nak pesan hati-hati pandu kereta tu.  Sekarang ni hujan.  Bukan hujan rintik...Tapi hujan lebat.  Ditambah lagi dengan jalan yang jammed.  Lagi, tolong singgah kat kedai.  Tolong belikan aiscreamMatkool’ perisa coklat ye...Teringin pulak nak makan aiscream tu.  Setakat ini, itu aje pesanan Maira.  Boleh ke?.” Ucap Umairah panjang lebar.

Ameer Shafwan ketawa kecil.

“Aik, ini siapa yang suka ambil kesempatan... Abang atau Maira? Pandai ye, pesanan pertama tu saja nak cover line kan.  Nak ambik hati abang...Tapi, sebenarnya...pesanan Maira adalah yang kedua tu.  Aduh, isteri siapalah ni?...” Sakat Ameer Shafwan. 

Ameer Shafwan tersenyum di situ apabila mendengar ketawa Umairah di hujung talian.  Comel pada pendengarannya! 

“Haih, isteri siapa lagi...Tentulah isteri Ameer Shafwan Bin Hj. Bakri!.” Sahut Umairah dengan nada suara riang.

“Amboi, perli nampak! Yalah, nanti abang belikan.  Abang dah nak gerak ni.  Tunggu abang sampai.  Okeylah, assalamualaikum...” Ucap Ameer Shafwan lalu menekan kunci automatik kereta Toyota Camrynya itu.

“Baiklah...Waalaikummussalam.  Hati-hati.  Ingatlah orang yang tersayang.  Hahaha...” Pesan Umairah sebelum mematikan talian.

Ameer Shafwan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya lagi sambil tersenyum di situ.  Alahai, bini aku...Ngomelnya di dalam hati.

*.........................................*

Ameer Shafwan melangkah masuk ke dalam rumah selepas saja memberikan salam.  Dengan tangan kanan membawa briefcase manakala tangan kiri membawa beg plastic yang berisi aiscream.
Tiba-tiba...

Yeah, abang dah sampai! Mana aiscream Maira?.” Riang Umairah sambil berlari anak mendapatkan Ameer Shafwan di ruang tamu.

Terus saja Ameer Shafwan memasamkan muka.  Merenung Umairah dengan pandangan tajam...

“Aik, salam mana? Abang baru aje sampai dah cari aiscream...Bukan abang ke yang Maira kena cari dulu?  Ini yang abang nak jadi Hulk kat sini ni...” Sindir Ameer Shafwan.

Umairah menggaru-garu kepala yang tak gatal.  Siap tersengih-sengih.  Tahu yang dirinya bersalah...Pantas saja briefcase ditangan Ameer Shafwan diambil dan diletakkan di atas sofa. 

“Waalaikummussalam abang.  Maaf ye.” Ucap Umairah sambil mencium tangan suaminya itu.

“Hmm, tau takpe! Nah, abang dah belikan aiscream yang Maira nak tu.  Abang beli sampai lima batang aiscream ni.  Maira tu bukan boleh percaya.  Abang tahu...Satu batang aiscream tu belum tentu cukup buat Maira.  Biasalah, Maira ni kan jenis yang perut getah!.” Ejek Ameer Shafwan sambil tersenyum sinis.

Umairah menyambut beg plastic yang berisi aiscream itu sambil tersenyum-senyum manis bak gula! Ejekan Ameer Shafwan tidak dipedulikan.  Yang penting, aiscream!

“Ejeklah, Maira tak kisah!.” Balas Umairah.  Isi beg plastic itu dibelek-belek.  Kemudian, tersenyum lega.  Berpuas hati!

“Kenapa tiba-tiba Maira teringin nak makan aiscream ni?  Mengidam ke?.” Usik Ameer Shafwan sambil duduk di sofa.  Tali leher dibuka dan baju kemeja dilipat hingga ke paras siku.

Muka Umairah merona merah.  Pantas saja lengan Ameer Shafwan dicubit kuat...Ameer Shafwan hanya ketawa di situ.  Mana mungkin isterinya itu mengidam, isterinya itu belum disentuhnya lagi!

“Hah, siapa mengidam?!.” Tanya Puan Alisya yang tiba-tiba muncul dari tingkat atas.

Umairah mengurut dada, terkejut...Manakala Ameer Shafwan hanya tayang gigi.  Tersengih habis!

“Ni haa...Maira teringin nak makan aiscream.  Ingatkan mengidam tadi...” Usik Ameer Shafwan lagi sambil menjeling muka Umairah yang sudah memerah itu.

Umairah ketap bibir...

“Maira mengidam ke? Ya Allah, syukur ke hadrat Ilahi.  Dah check ke ni?.” Girang suara Puan Alisya sambil mendekati Umairah yang sedang berdiri di sebelah Ameer Shafwan.  Tangan menantunya itu dipegang erat sambil tersenyum.

“Tak...Tak ibu.  Maira tak mengidam.  Maira memang macam ni kalau nak datang bulan.  Mesti ada sesuatu yang Maira teringin nak makan.” Geleng Umairah sambil tersenyum kelat.

“Betul ke?. Tapi, elok Maira check.  Kot-kot Maira tengah pregnant...” Cadang Puan Alisya sambil melihat Ameer Shafwan.

Umairah bertambah kalut.  Apa aku nak cakap ni?! Bisik hati Umairah.  Resah!

“Ibu...Maira tak pregnant.  Belum ada rezeki lagi.  InsyaAllah, kalau ada rezeki...Ibulah orang yang pertama dapat tahu.  Maira memang macam ni kalau nak datang bulan...Mulalah nak pesan itu-ini.  Kadang-kadang pening jugak...Ini tak tahu lagi kalau mengidam betul-betul.  Entah apa lagi yang dipesannya.” Ujar Ameer Shafwan yang sudah berdiri dan memegang bahu Umairah.  Matanya dikenyitkan pada Umairah dan tersenyum melihat ibunya.  Kesian melihat wajah Umairah yang tercengang-cengang di situ...

Puan Alisya memegang pipi Umairah...

“Hmm...ibu bukannya apa.  Teringin jugak nak cucu baru.  Takpelah, kamu masih muda...  Masih banyak masa lagi.” Kata Puan Alisya sambil tesenyum.

Umairah hanya tersengih disitu.  Huh, nasib baik! Leganya dalam hati.

“Haa...tak cair ke aiscream Maira ni.” Kalut Puan Alisya sambil melihat beg plastic di tangan Umairah.
Umairah menepuk dahinya.  Lupa!  Pantas saja dia berlari anak ke dapur...Ameer Shafwan hanya melihat Umairah yang sudah berlalu ke dapur.  Ibunya dipandang semula...

“Ibu ni...nak cucu baru buat apa?  Tu haa, Abang Syawal dah bagi ibu 7 orang cucu...Abang Sam pulak, masuk yang Kak Tina tengah mengandungkan sekarang ini.  Dah 5 orang.  Itu belum lagi campur Kak Sania, 3 orang.  Kalau diira-kira, semuanya 15 orang dah...Berapa banyak cucu yang ibu nak ni?.” Usik Ameer Shafwan sambil memeluk bahu ibunya itu.

Pantas saja Puan Alisya menampar lembut tangan anaknya itu...

“Ibu nak cucu ramai-ramai, biar meriah sikit.  Kalau boleh, biar satu dozen setiap orang.  Takpe, ibu lagi suka.  Nanti, taklah ibu dan ayah kesunyian.  Boleh layan karenah cucu-cucu ibu tu.  Haa, kamu tu...Antara kamu adik-beradik, kamu yang bongsu.  Jadi, kena bagi ibu cucu yang ramai tau...” Pesan Puan Alisya sambil tersengih.

Ameer Shafwan hanya tergeleng-geleng.  Ibu...ibu....Gumamnya dalam hati.

*.........................................*

Ameer Shafwan menapak masuk ke dalam bilik sambil memicit-micit bahunya yang terasa sengal.  Dia baru saja dari bilik kerjanya yang bersebelahan dengan biliknya ini.  Menyiapkan kerja yang perlu dihantar pada keesokkan harinya....

Tiba-tiba...

Seseorang muncul dari belakang dan menjerut lehernya.  Dia yang terkejut pada mula hanya tersenyum selepas itu.  Tangan itu dibawa ke hadapan sambil tersenyum sinis...

“Marah ke?.” Tanya Ameer Shafwan sambil melihat Umairah di hadapannya.

Umairah mengeluh halus...

“Tak, Maira tak marah...Terima kasih sebab tolong Maira tadi.  Kalau tak, tak tahu apa nak bagitahu kat ibu tu.” Jawab Umairah sambil berlalu ke birai katil.

Ameer Shafwan mengikut dari belakang.

Umairah naik di atas katil sambil melutut.  Tangannya mengarah Ameer Shafwan supaya duduk di hadapannya.  Nak mengurut!

Sudah tentu Ameer Shafwan tersenyum senang.  Laju saja dia duduk di birai katil.  Urutan dari Umairah adalah yang terbaik baginya.  Ini kerana isterinya itu tahu cara-cara nak mengurut.  Emm, bangga punya isteri macam ni.  Bisiknya dalam hati.

Tidak lama kemudian...

“Maira ingat tak pertemuan kita kali kedua tu? Masa ibu dan mama berpakat nak biar kita ni berkenalan antara satu sama lain.  Padahal sebelum tu, kita dah berkenalan pun...” Tanya Ameer Shafwan tiba-tiba.

Kening Umairah terangkat kemudian tersenyum di situ.

“Ingat.  Masa tu abang pandang Maira ni macam nak makan aje...Garang!.” Sindir Umairah sambil ketawa kecil.  Tangannya masih lagi mengurut bahu suaminya itu.

Ameer Shafwan tersengih.

“Masa tu abang dalam kategori sexy, free and single! Darah mudalah katakan... Tapi, tiba-tiba ibu nak jodohkan abang dengan entah perempuan dari mana.  Itu yang abang panas nak terbakar.  Tambah panas lagi apabila perempuan yang nak dijodohkan dengan abang itu adalah budak senget....Auchhh!!” Kata-kata Ameer Shafwan terhenti apabila Umairah mencubit lengannya.  Sakit!

Umairah tayang muka masam lagi masin!

“Amboi, yang abang tu lelaki bajet hensem tapi hampeh! Dengan Maira pun nak cari gaduh.  Aaapa laa!...” Ejek Umairah sambil mencebik.

“Ek, siapa bajet hensem?! Abang memang hensem tau...Kalau tak, mana mungkin mama bersetuju nak jodohkan anak dia dengan abang ni.  Yang sedia hensem lagi baik budi pekerti...” Bangga Ameer Shafwan sambil duduk menghadap Umairah.

Umairah buat aksi nak termuntah.

“Abang ni masuk bakul angkat sendiri! Baik budi pekerti kononnnn....Kalau baik budi pekerti, kenapa masa pertemuan kita yang pertama tu, abang tengking Maira? Macamlah Maira dah buat kesalahan besar.  Padahal, Maira cuma terlanggar belakang kereta abang aje.  Tak sengaja pun...Kan time tu Maira baru dapat lesen L...Bertimbang rasalah sikit.  Ini tidak,  tengking Maira seolah-olah Maira dah kemekkan kereta abang tu!.” Bebel Umairah dengan wajah tak puas hati.

Ameer Shafwam tersengih-sengih.

“Masa tu abang angin sangat. Mana tak angin kalau kereta kesayangan abang tu kena langgar...  Dahlah kena langgar, orang yang melanggar tu siap tayang muka tak bersalah.  Hanya bagi renungan mata ‘ini-salah-kau, bukan-salah-aku!’.  Sombong!.” Kutuk Ameer Shafwan dengan senyuman sinis.

Umairah tarik muncung panjang.  Ameer Shafwan ketawa di situ.  Suka sangat dengan riak muka Umairah yang satu itu.

“Sekurang-kurangnya Maira tak marah-marah macam abang.  Benci!.” Balas Maira dengan mata yang disengajakan bulat.

“Maira masih benci abang tak?.” Tanya Ameer Shafwan.  Wajahnya berubah serius.

Umairah tersenyum lalu memegang tangan Ameer Shafwan. 

“Tak, dulu aje...Sekarang ni, tak lagi.  Abang dah jadi baik sikit berbanding masa mula-mula kita kahwin dulu.” Balas Umairah sambil tersengih lebar.

Ameer Shafwan tersenyum sambil mengusap kepala Umairah.

“Jangan fikir sangat hal yang tadi tu ye.  Betul kata ibu...Kita masih muda dan masih banyak masa lagi...Lagipun, abang tak nak paksa Maira.  Biarlah Maira bersedia baru kita fikirkan tentang hal tu.  Tapi, seperti yang selalu abang bagitahu kat Maira.  Abang dah mula sayangkan Maira ni.  Isteri abang yang comel-loteh lagi nakal dan senget ini.” Puji Ameer Shafwan sambil tersenyum manis.

Umairah tarik muncung lagi, kali ni lebih panjang.

“Kot iyapun, buanglah perkataan ‘senget’ tu...Baru aje hidung Maira nak kembang tapi bila dengar perkataan ‘senget’, terus hidung Maira ni balik pada asal.  Tak jadi kembang! Aaapa daa....” Rajuk Umairah sambil menjeling habis pada Ameer Shafwan.

Ameer Shafwan ketawa di situ sambil mencubit pipi Umairah. Geram! Umairah tersenyum di situ dengan senyuman nakal.

“Tapi, abang tak pernah dengar dari mulut Maira sendiri yang Maira sayangkan abang ni.  Agaknya bila abang dapat dengar perkataan tu ye?...” Lirik Ameer Shafwan sambil tersenyum nakal.

Umairah terkedu.

“Ummm...Maira....” Gagap Maira di situ.  Haish, kenapa tiba-tiba tanya soalan maut ni! Malulah nak cakap depan-depan, belum bersedia...Ngomel Umairah dalam hati.

Ameer Shafwan mengeluh halus lalu mengusap kepala Umairah sekali lagi.

“Hish, kenapa kalut sangat ni? Saja nak test Maira tadi tu...Tapi, abang akan tunggu masanya bila Maira dah bersedia nak ungkapkan perkataan tu.” Pintas Ameer Shafwan sambil ketawa kecil.

Umairah tersenyum kelat.   

“Esok Maira ada kuliah pagikan...Abang pun dah mengantuk dah ni.  Jom tidur...” Arah Ameer Shafwan.
Umairah menarik nafas lega lalu menganggukkan kepalanya.

“Terima kasih dan selamat malam abang, assalamualaikum...” Ucap Umairah.

Ameer Shafwan hanya tersenyum dan membetulkan selimut di tubuh Umairah.

“Selamat malam jugak.  Waalaikummussalam...Malam ni jangan jatuh lagi tau!  Penat abang nak angkat Maira nanti.” Sakat Ameer Shafwan.

Umairah mencebik.  Pantas memanjangkan tangannya mencubit pipi Ameer Shafwan.  Balas dendam!
Ameer Shafwan hanya membiarkannya dan tersenyum di situ...

*.........................................*

Umairah melambaikan-lambaikan tangannya pada Ameer Shafwan yang semakin hilang dari pandangannya.  Buku ditangan dibetulkan dan berpaling dari situ.  Saat dia melangkah, seseorang memukul lengannya dari arah belakang.

“Assalamualaikum...” Ucap Qalisya di situ sambil tersenyum manis.

Umairah tersengih lalu membalasnya dengan senyuman tak lekang dari bibirnya.  Mereka berjalan beriringan ke bilik kuliah yang tidak beberapa jauh dari situ.

“Aku tengok kau ni makin hari, makin happy aje.  Kenapa?.” Sakat Qalisya sambil melihat Umairah.   
Tersengih-sengih macam kerang busuk!

Umairah merenung sahabatnya itu. “Tak boleh ke?.” Balas Umairah dengan senyuman meleret.

Qalisya tayang muka tak puas hati. “Ini mesti pasal Abang Ameer kau tu kan...Hish, ini yang aku jealous ni!  Aku pun nak suruh umi aku carikan jodohlah...Biar aje aku bercinta lepas nikah macam kau ni...Bahagia gitu!” Ujar Qalisya dengan mimik muka yang serius tapi melucukan.

Umairah ketawa di situ sambil memukul lengan Qalisya.  Nakal!

*.........................................*

Umairah melangkah turun ke ruang tamu.  Jam di dinding diperhatikan.  Dah masuk pukul 10:00 malam.  Tapi, matanya masih belum mahu terlelap!

Ameer Shafwan pulak berada di luar negeri atas urusan kerja.  Bosannya....Siaran di kaca tv tidak dipedulikan, dia berbaring di sofa sambil memeluk bantal kecil.  Satu keluhan kecil dilepaskan...
Selalunya kalau time macam ni...Kalau dia tidak boleh terlelap.  Dia akan menempel dengan Ameer Shafwan di bilik kerja suaminya itu.  Ameer Shafwan dengan kerjanya, dia dengan majalah ataupun novel.  Kadang-kadang dia akan tertidur disitu dan hanya tersedar keesokkan paginya.  Itupun dia sudah berada di atas katil.  Dan juga, sesekali minum milo di tengah-tengah malam sambil menonton movie bersama-sama dengan suaminya itu...

Rindunya dengan dia! Bisik hati kecil Umairah.

‘Ameer Shafwan’...

Nama itu disebut lembut sambil tersenyum.  Memang betul yang perasaan sayang pada suaminya itu sudah mula terbit dihatinya seiring dengan waktu dan detik yang mereka laluinya bersama.  Cuma ia belum terungkap.  Alasannya hanya satu...Malu!

*.........................................*

Qalisya memerhatikan Umairah yang begitu kelam-kabut mengemaskan buku-buku serta alat tulis di atas meja.  Dahinya berkerut...

“Kau nak kemana? Macam urgent sangat aje aku tengok ni...” Tanya Qalisya.

Umairah memasukkan buku rujukan serta alat tulis ke dalam begnya.  Kemudian, melihat Qalisya sambil tersengih lebar.

“Kuliah dah habis kan...Aku nak balik.  Hehehe...” Balas Umairah.  Siap dengan kening terangkat-angkat...Gembira tahap gaban!

Terus aje Qalisya tayang gigi.

“Laaa...Abang Ameer kau dah balik dari outstation ke? Patutlaaa....Emm, yalah.  Jumpa esok.  Kirim salam dengan abang kesayangan kau tu...” Pesan Qalisya dengan wajah nakal.

Umairah hanya mengangguk dengan senyuman lebar. 

Tanpa membuang masa, Umairah keluar dari bilik kuliah dan mengatur langkah ke lot parking yang bersebelahan dengan bangunan ini.  Helmet dipakai dan enjin skuternya dihidupkan.  Dengan dimulakan bismillah, Umairah memulakan perjalananan pulang ke rumah.

*.........................................*

Ameer Shafwan yang baru habis menunaikan solat Asar, melangkah keluar dari biliknya dan turun ke bawah.  Jam di dinding diperhatikan.  Pelik, sepatutnya kuliah Umairah dah habis 35 minit yang lalu.  Tapi, kelibat Umairah masih tidak kelihatan sejak dari tadi lagi.

Handphone di poket seluar dikeluarkan dan mendail nombor isterinya itu.  Dahlah dia rindu nak menatap wajah comel isterinya itu, tapi lambat-lambat pulak pulang ke rumah.  Bebelnya dalam hati.

Kening Ameer Shafwan terangkat.  Dia tidak dapat menghubungi Umairah.  Hatinya mula terasa lain...

“Maira belum balik lagi ke?.” Tanya Puan Alisya yang baru muncul dari dapur.

Ameer Shafwan hanya mengangguk.  Tiba-tiba.... 

Handphone ditangannya berbunyi.  Nombor itu diamati, nombor yang tidak dikenalinya...

“Encik Ameer Shafwan Bin Hj. Bakri?.” Tanya pemanggil tersebut.

Jantung Ameer Shafwan mula berdegup kencang...

“Saya harap Encik Ameer bersabar, sekarang isteri encik berada di wad kecemasan...Isteri encik terlibat dalam kemalangan...” Ucap pemanggil itu dengan suara yang tenang.

“Ya Allah...” Hanya itu yang mampu Ameer Shafwan ucapkan.

*.........................................*

“Auchh...Auchhh...sakitlah abang!.” Adu Umairah sambil menolak tangan Ameer Shafwan yang melekat dipipinya.

Ameer Shafwan tetap mencubit pipi Umairah...

“Ini sebab buat abang risau tadi...Maira betul-betul kejutkan abang tadi.” Marah Ameer Shafwan dengan nada geram.

Umairah ketap bibir.  Baru sebentar tadi ucapan kesyukuran diterima dari semua ahli keluarganya.  Nasib baik dia tak apa-apa.  Hanya kecederaan pada kakinya.  Terseliuh!

Kemalangan yang melibatkan dia dan sebuah kereta.  Kejadian ini berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu dari hadapan dipandu laju memasuki simpang tanpa menyedari dia berada di selekoh kanan.  Nasib baik dia sempat mengelak!

Umairah hanya pasrah dengan kelakuan Ameer Shafwan.  Salah dia jugak sebab buat orang risau...Tapi, malangkan tak berbau!  Mana dia tahu yang dia akan terlibat dalam musibah hari ini.  Ngomelnya dalam hati.
Umairah merenung wajah Ameer Shafwan yang berada di hadapannya itu.  Tangan Ameer Shafwan yang masih melekat dipipinya dipegang erat.

“Maafkan Maira...” Ucapnya perlahan.

Jika difikir semula...Sebenarnya, dia pun takut dengan kejadian tadi.  Bagaimana jika sesuatu yang buruk berlaku pada dia? Tentu dia tidak dapat berjumpa dengan orang-orang kesayangannya lagi.  Terutama sekali, Ameer Shafwan.  Tanpa disedari, airmatanya mengalir...

Ameer Shafwan terkedu disitu.  Lantas menarik Umairah ke dalam pelukannya.

“Maira minta maaf sebab...buat abang...risau.” Ujar Umairah di dalam pelukan Ameer Shafwan.

Ameer Shafwan mengusap rambut Maira dan mengeratkan lagi pelukannya itu...

Tidak semena-mena, Umairah menolak tubuh Ameer Shafwan.  Airmata yang mengalir dilap dan memegang erat tangan Ameer Shafwan.

“Abang, Maira nak cakap sesuatu! Kejadian hari ini menyedarkan Maira...Maira tak nak menyesal dikemudian hari. Dengar ye...” Umairah menarik nafas dan memegang erat tangan Ameer Shafwan.

Ameer Shafwan hanya terkebil-kebil di situ.

“Abang...Maira sayangkan Abang! Sayang sangat-sangat! Bukan setakat sayang.  Maira dah jatuh cinta dengan abang.  Serius! Maira...”

Chup!

Umairah terkedu...Apa yang dia ingat, senyuman nakal Ameer Shafwan dan kucupan kedua di ubun-ubunnya. 

Ya Allah, terima kasih dengan kesempatan yang Engkau berikan ini...

*.........................................*

Ameer Shafwan duduk di halaman rumah sambil membaca surat khabar.  Sesekali Nescafe di atas meja diambil dan dihirupnya.  Pembacaannya terganggu apabila terdengar tangisan dari arah hadapan.  Berlari ke arahnya dengan patung yang tak serupa patung.  Kepala patung tu entah kemana...

Dia tersenyum kecil, ini mesti kerja si hero dalam keluarganya ini...

“Papa...” Rengek si kecil yang berusia 6 tahun itu.  Imanina Inas!

Surat khabar dilipat dan diletakkan di atas meja.  Anak gadisnya itu dibawa ke pangkuan.

“Abang...rosakkan...patung Inas.  Abang jahat...” Esak si kecil lagi.  Kali ini lehernya dipeluk erat oleh anak gadisnya itu.

“Hush...Jangan nangis! Tak comellah kalau nangis macam ni.” Pujuk Ameer Shafwan sambil mengusap kepala anaknya itu.

Mata Ameer Shafwan tertumpu pada kelibat budak lelaki yang sedang menuju ke arahnya. Anak lelakinya yang baru berusia 7 tahun.  Berjalan selamba sambil memegang kepala anak patung Inas. Iman Sufian!

“Hish, apalah adik ni! Manja sangat! Iman tak segajalah...Itupun nak nangis! Cengeng!.” Perli Iman lalu mengambil patung tak berkepala itu di tangan Inas.  Dalam beberapa minit, patung tu sudah serupa patung.  Dah ada kepala!

Ameer Shafwan menggelengkan kepala...

“Iman...Tak baik tau cakap kat adik macam tu.  Okey, sekarang cakap kat papa...Ini salah siapa?.” Tanya Ameer Shafwan sambil melihat Inas dan Iman. 

Terus saja Inas menuding jari pada Iman.  Kemudian, memeluknya semula...

Iman hanya berdiri disitu dengan muka tak bersalah.  Terus kening Ameer Shafwan terangkat... Hish, serupa macam mama dia! Omel Ameer Shafwan di dalam hati.

“Yalah, Iman yang salah...Tapi, Iman tak sengajalah.” Bidas Iman.

Ameer Shafwan tersenyum kecil di situ...

“Iman, kalau dah buat salah...Sengaja atau tak, kita perlu buat apa?.” Soal Ameer Shafwan sambil melihat anak lelakinya itu.

Iman tayang muka tak puas hati.  Tetapi, tidak lama kemudian terdengar keluhan kecil dari anaknya itu.

“Yalah, Iman minta maaf...” Ucap Iman sambil mendepakan tangannya pada Inas.

Pada mulanya Inas teragak-agak...Tetapi, tidak lama kemudian dia menyambut tangan abangnya itu.  Iman memeluk tubuh adiknya itu...Erat!

Ameer Shafwan hanya tersenyum dengan tingkahlaku anak-anaknya itu.  Kedengaran ketawa kecil dari Inas sambil memeluk patungnya itu.  Ameer Shafwan mengambil Nescafe di atas meja dan dihirupnya perlahan.

“Abang ni kejap baik, kejap jahat...Senget!” Sindir Inas tiba-tiba.

Tersembul keluar air Nescafe itu dari mulut Ameer Shafwan.  ‘Senget’... Amboi, macam pernah kudengar ayat itu?! Bisiknya di dalam hati.

Kedua-dua anaknya itu tayang muka hairan sambil melihat wajahnya.  Kemudian, Ameer Shafwan ketawa kuat sambil mengusap-usap kepala Inas.  Bapak borek, anak rintik...Gumamnya di dalam hati.

“Apa yang abang ketawakan tu?.” Tanya satu suara.

Ameer Shafwan mendongak dan mengukirkan senyuman manis buat insan teristimewa di dalam hidupnya itu. Umairah!

Ameer Shafwan mendekatkan dirinya pada Umairah...

“Terima kasih sayang sebab hadir dalam hidup abang.” Bisiknya perlahan sebelum mencium pipi Umairah.

Umairah terkedu.  Kemudian, tersipu malu.  Malu pada anak-anaknya yang sedang melihat adegan romantik papa dioarang ini...

“Mama aje ke? Iman/Inas pun nak juga...” Kata Iman dan Inas serentak.

Ameer Shafwan dan Umairah berpandangan antara satu sama lain.  Kemudian, ketawa bersama-sama sambil memeluk buah hati pengarang jantung mereka itu.  Moga kebahagian ini berkekalan hingga ke nafas terakhir.  Amin....